Gelaran ini, kepada sains dan kepada Islam, secara khususnya.

Gelaran saintis itu bukanlah hak milikekslusif untuk para graduan yang berlatarbelakangkan bidang sains dankejuruteraan sahaja. Malah, saya kira, lebih tepat sekiranya ia diberikankepada seseorang yang mempunyai daya ingin tahu yang tinggi untuk merungkaisesuatu misteri dan memperolehi kebolehan untuk menyelesaikannya secara kreatifdengan menggunakan kaedah saintifik. Malim Ghozali PK, merupakan nama yangtidak asing di dalam bidang sastera tanahair sebagai penulis di dalam semuagenre, novel, cerpen, puisi dan esei. Namun, dunia sastera tanah air telahdikejutkan apabila beliau telah mencatat sejarah dan menerbitkan sebuah bukuberjudul ‘Kebenaran Mutlak: Memahami Kesempurnaan’ dan versi Bahasa Inggerisnyayang berjudul ‘The Profound Truth: Understanding Perfection’ pada tahun 2006,hasil penyelidikan beliau mengenai Al-Qur’an secara saintifik, khususnyamengenai sains yang terkandung di dalam Al-Quran yang telah mengambil masaselama lebih dari 10 tahun.

Karya beliau di dalam kajian sains Al-Qur’antersebut telah mendapat perhatian antarabangsa dan ia telah dicetak di dalampelbagai bahasa seperti bahasa Cina, Rusia dan Arab serta telah dipasarkan keseluruh dunia. Karya beliau tersebut cuba mengukapkan kebenaran Al-Qur’ansecara sains dengan menggunakan fenomena-fenomena alam semesta, dari perspektifAl-Qur’an. Sumbangan dan usaha beliau terhadap kajian sains Al-Quran atau the’Quranic Sciences’ ini merupakan sumbangan yang amat bernilai kepada negaraini, kepada sains dan kepada Islam, secara khususnya.

Best services for writing your paper according to Trustpilot

Premium Partner
From $18.00 per page
4,8 / 5
4,80
Writers Experience
4,80
Delivery
4,90
Support
4,70
Price
Recommended Service
From $13.90 per page
4,6 / 5
4,70
Writers Experience
4,70
Delivery
4,60
Support
4,60
Price
From $20.00 per page
4,5 / 5
4,80
Writers Experience
4,50
Delivery
4,40
Support
4,10
Price
* All Partners were chosen among 50+ writing services by our Customer Satisfaction Team

Kajian sains tersebutmembicarakan topik-topik seperti ‘Ambilkira yang ghaib’ atau ‘Count of theUnseen’ yang membincangkan konsep jirim dan anti-jirim atau lebih terkenaldalam konteks bahasa Inggerisnya sebagai ‘matter and antimatter’, Al-Qur’an:Nisbah Emas (Golden Ratio) dan Formula Transformasi Ghoz Gt, ‘Bulatan danMisteri Pi’, ‘Titik paling padat: Dinamo Kehidupan’, membincangkan system suriaberlandaskan Al-Qur’an dan hadith dan pelbagai lagi. Penemuan-penemuan danperbincangan beliau mengenai Al-Qur’an dan sains ataupun lebih tepat lagi,mengenai sains dalam Al-Qur’an ini berjaya memberikan sebentuk pencerahan yangunik bagi saya yang selama ini, telah mempelajari bidang sains hanya melaluibuku teks yang boleh dikatakan sebagai pemahaman yang bersifat ‘mainstream’.Secara peribadi, beliau merupakan seseorang yang berwawasan jauh dan amat giatberkarya. Lebih mesra dengan panggilan Pak Malim, beliau telah memenangipelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Hadiah SasteraPerdana Malaysia, Hadiah Sastera Utusan-ExxonMobil, Hadiah Sastera KumpulanUtusan-Public Bank, Hadiah Sayembara ESSO-GAPENA V, S.E.A Write Award 2013 danpelbagai lagi. Pak Malim bukanlah calang-calang sasterawan, lebih-lebih lagiapabila beliau telah dicalonkan untuk ‘International Dublin Literary Award2016’ menerusi novel terbaru beliau berjudul ‘Luka Nering’ ataupun ‘Tree ofSorrow’, sekaligus dibandingkan oleh dunia sastera dengan penulis tersohordunia seperti Paulo Coelho dan Haruki Murakami.

Beliau juga pernah tercalonuntuk memenangi Anugerah Nobel dalam bidang sastera pada tahun 2016. Antarakarya lain beliau adalah novel berjudul ‘Daun’, ‘Janji Paramaribo’, Redang’,himpunan puisi berjudul ‘Gemaruang’, ‘Fantasi Malam’, ‘Songs of September’,kumpulan cerpen berjudul ‘Usia’, ‘Ini Chow Kit Road, Sudilah Mampir!’ danpelbagai lagi. Akhir kata, Malim Ghozali PK ataupun nama sebenar MohamedGhozali Bin Haji Abdul Rashid yang berasal dari Malim Nawar, Perak ini bukansahaja seorang saintis malah merupakan seorang penulis, seorang pensyarah,seorang pengembara, seorang penggiat seni dan paling utama sekali adalah,beliau merupakan ayah saya.