Dalam mesej daripada budaya luar. Bagi generasi muda yang

Dalam eraglobalisasi di mana maklumat tersebar melampaui batasan sempadan negara tanpatapisan, isu identiti budaya sesebuah masyarakat telah menjadi fokus utamadalam konteks masyarakat moden. Kemampuan untuk terus menjaga identiti budayatradisi menjadi semakin goyah apabila penerimaan budaya baru disulambersama-sama arus kemodenan. Antara contoh yang mampu kita berikan ialah cara berpakaian.Misalannya, pemakaian kemeja dan sut sebagai pakaian formal telah menggantikanbusana baju Melayu yang dahulunya menjadi pakaian rasmi pentadbiran. Kemeja sutbertali leher digambarkan sebagai etika pemakaian yang moden, kemas dan formaldan etika ini diterima pakai secara menyuluruh di setiap negara. Unsur-unsurbudaya luar ini menghasilkan apa yang dikenali sebagai translocal culture.

Thompson (1997)dalam penulisannya menerangkan, “….the productionand consumption of cultural representations affect the construction of culturalidentities- national, ethnic, religious, occupational, family, sex and gender”.Penghasilan danpenerimaan simbol budaya asing akan merubah dan memberi kesan kepada pembangunanidentiti budaya sesuatu masyarakat. Menerusi pemediaan, akulturasi budayaberlaku dengan pantas dan tidak mampu untuk dibendung. Fungsi media yang mendekatkanjurang antara budaya telah memungkin lagi kadar interaksi yang lebih kerap antarabudaya yang berlainan sehinggakan interaksi ini menyerap masuk menjadi gayahidup yang baru. Fornas dan Bolin (1995) menjelaskan, gaya hidup adalah sepertiruang sosial yang mana diasaskan berdasarkan jarak dan kedekatan (distance and closeness). Individu yangmenjalani pengalaman bersama dalam satu tempoh masa yang tertentu akan secara sukarelamenerima dan berkongsi apa yang dilakukannya sebagai satu pola gaya hidup yangnormal. Unsur-unsurbudaya asing bukan sahaja disebarkan melalui rangkaian media global daninternet dalam bentuk program, pengiklanan dan sebagainya tetapi juga melaluirangkaian media tempatan yang memaparkan barangan-barangan import.

Best services for writing your paper according to Trustpilot

Premium Partner
From $18.00 per page
4,8 / 5
4,80
Writers Experience
4,80
Delivery
4,90
Support
4,70
Price
Recommended Service
From $13.90 per page
4,6 / 5
4,70
Writers Experience
4,70
Delivery
4,60
Support
4,60
Price
From $20.00 per page
4,5 / 5
4,80
Writers Experience
4,50
Delivery
4,40
Support
4,10
Price
* All Partners were chosen among 50+ writing services by our Customer Satisfaction Team

Tidak kurangjuga, budaya luar ini disajikan kepada audiens tempatan melalui watak-wataktempatan namun membawa mesej daripada budaya luar. Bagi generasi muda yang seringmeminati program media luar, mereka sudah tentu secara sedar ataupun tidak, lebihberpotensi untuk membawa keluar budaya itu dalam kehidupan di luar alam maya. Dalamproses pemediaan ini juga, kita dapati budaya popular telah menghakis budayatradisi sedikit demi sedikit.

Contoh yang dapat kita berikan ialah penggunaanbahasa campuran atau bahasa rojak. Manglish atau campuran antara bahasa Melayu danbahasa Inggeris menjadi trend komunikasi dalam kalangan remaja masa kini. BahasaMelayu baku dianggap kolot dan ketinggalan serta kedengaran asing apabiladituturkan dalam kehidupan seharian. Media menjadi konstruk sosial kepada pararemaja. Dengan lain perkataan, media menjadi cerminan diri kepada remaja dalammemastikan gaya hidup mereka tidak lari atau menyimpang daripada arus perdana.  Ketembusan media dalam linkungan masyarakattidak lagi terbatas kepada mereka yang mempunyai kemampuan kewangan yangtinggi.

Alatan media baru seperti telefon bimbit dan komputer riba bukan lagimenjadi status kemewahan individu bahkan golongan pelajar di peringkat sekolahrendah sendiri mempunyai alatan media berkenan.  Apa yang ditakutidaripada peningkatan pemilikan media adalah kawalan akses kepada kandunganmedia. Teknologi media moden telah memungkinkan wujudnya penyebaran kandunganmedia yang pelbagai termasuklah penyebaran maklumat-maklumat palsu sertabahan-bahan yang bercorak pleasurablecontent.