Budaya budaya berkenaan berjaya mempengaruhi elemen kepuasan kerja dan

Budaya Korporat

Selari dengan budaya orang di Malaysia, bersatu
tidak mengira, bangsa, agama dan status, dengan berlandaskan matlamat utama
mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan kesan kebaikan bersama. Jaafar Muhamad,
2010, hmn 425, menjelaskan elemen penerapan budaya korporat dalam setiap
pekerjaan di Malaysia adalah penting, bagi memperoleh kepuasan kerja dan juga
organisasi. Kesan budaya korporat atas prestasi dan kepuasan kerja adalah
berbeza-beza. Terdapat hubungan yang kuat antara budaya dengan kepuasan tetapi
ianya dikurangkan oleh perbezaan dalam individu itu. Kepuasan adalah tinggi
bila terdapatnya kesesuaian antara keperluan individu dengan keperluan budaya.
Kepuasan kerja dicapai oleh individu selalunya berbeza di antara satu budaya dengan
budaya organisasi lain.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Prestasi biasanya lebih
tinggi bila budaya itu bersesuaian dengan teknologi. kefahaman tentang cara
membuat kerja menunjukkan pensosialan yang baik. Pensosialan yang sesuai adalah
merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi prestasi kerja. Antara
kesan-kesan budaya korporat ke atas prestasi dan kepuasan kerja adalah seperti
berikut:-

1) Budaya korporat timbul mempengaruhi bidang operasi,
pengurusan dan produktiviti. Corak kelakuan biasanya dipengaruhi oleh
pengurusan, malah pengurusan yang baik dan berproduktiviti, tidak boleh
dipisahkan. Produktiviti adalah kesan motivasi dan budaya korporat membentuk
motivasi. Mengujudkan budaya untuk kejayaan memerlukan tindakan pengurus
membaiki faktor-faktor ini iaitu:-

(a) kejelasan organisasi,

(b) struktur membuat keputusan,

(c) integratsi dan kesegaran organisasi,

(d) pembangunan sumber manusia.

Pengurus-pengurus kanan perlu sedar bahawa
budaya korporat bermula dengan manusia atau pekerja sendiri, maka mereka mesti
mewujudkan contoh yang baik kepada pekerja. Aturcara yang akan mereka buat
mesti mengambilkira atau mengakui wujudnya keunikan, kompleks dan ketidak
rasionalan di kalangan pekerja. Budaya yang berjaya adalah yang memasukkan
nilai seperti berikut:

(i)
keinginan untuk mengeluarkan keluaran yang baik;

(ii)
mementingkan pelanggannya

(iii)
perlunya ekonomi kepada pekerja dalam melaksanakan tugas.

Dalam memahami budaya
kerja korporat, pada keseluruhannya perkara yang penting adalah melihat setakat
mana budaya berkenaan berjaya mempengaruhi elemen kepuasan kerja dan prestasi
pekerja organisasi dari masa kesemasa. Sebenamya budaya kerja korporat telah
dapat mengambil tempat pemformalan di dalam organisasi yang dilengkapkan dengan
peraturan dan undang-undang sebagai satu kawalan. Apa yang dilakukan ialah
membentuk perasaan tanggungjawab dan iltizam pekerja yang tinggi terhadap
organisasi boleh mengurangkan kawalan atau peraturan. Faktor ini mempunyai
kesan dari segi produktiviti, pusingganti, kepuasan dan prestasi organisasi
keseluruhannya.

Aspek pengaruh pensosialan
atas prestasi pekerja perlu lebih didekati. Prestasi pekerja bergantung kepada
tahap setakat mana ia faham apa yang patut dan tidak patut dilakukan. Juga,
memahami cara yang betul dalam melaksanakan tugas dan menunjukkan proses
pensosialan yang diingini. Cuba menyesuaikan diri dengan rakan kerjanya serta
tabiat kerja yang boleh diterima. Kualiti-kualiti ini berbeza di kalangan jenis
kerja dan organisasi. Ini kerana bagi sesetengah kerja, pekerja di nilai tinggi
jika mereka agresif dan menunjukkan cita-cita yang tinggi dan cergas. Tetapi
bagi kerja yang sama tetapi diorganisasi yang lain atau bagi kerja jenis lain,
pendekatan sedemikian mungkin dinilai secara negatif.

x

Hi!
I'm Neil!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out